SPM to MC111-Komunikasi Media Baharu dan Keusahawanan Kandungan

Monday, July 20, 2015

Assalamualaikum. Pergh lama tak update. Let me cut short the story. 

 So,basically I was quite satisfied with my SPM results. Alhamdulillah. Adik-adik yang nak ambik SPM belajar rajin rajin ye. Make your families and teachers proud.

 Nak tak dapat ucapan tahniah? Best kan? Serious terharu tau bila your parents ucap tahniah cause you know they're proud of you :) Stay focus in class !

And after SPM, I started working at AEON Queensbay. Carilah duit sendiri, nanti nak masuk universiti rasa puas guna duit sendiri. I kerja dari hujung Februari sampai hujung Mei, almost 3 months la jugak. 

Pastu, dipendekkan cerita lagi, pergi interview kat UITM Merbok, Kedah untuk course Komunikasi Media Baharu dan Keusahawanan Kandungan (nak tahu kisah interview, boleh contact me through my twitter : https://twitter.com/munirahnaj)


Alhamdulillah, aku dapat course yang aku pergi interview. Seronok tak kira wehh hahaha. UPU pun aku isi course ni as my 1st choice. Then, bulan Jun daftar di UITM Alor Gajah.

 Ya, inilah kolej untuk budak part 1. Untuk part 1 and some of degree seniors. Bangunan baru siap bulan Mac. Kamilah perasminya :D Fakulti sebelah kolej je kayy hahhaha~~~

 Hmm, kesian budak lelaki kena panjat bukit tonggek setiap kali nak pergi kelas.


Classmates :)
Hmm, short enough kan? So, I'm officially the student of UITM, Alor Gajah a.k.a Lendufornia. Hoping for more memories to build with friends, seniors and lecturers. Hoping to become the creator of animation, gaming, web design and contentpreneur. Moga Allah sentiasa menunjukkan jalan yang lurus untuk hamba-hambaNya yang ingin menuntut ilmu :)

Assalamualaikum!




Suatu ketika dulu

Friday, October 3, 2014

Satu hari kau tegur aku,
"Hai, nak kawan boleh?"
Aku layankan aje...

Bermula dengan 'hai' kita kenal.
Kita rapat. Ya, rapat gila.
Selalu sembang kencang malam-malam.
Selalu tidur sama-sama.
Pergi sekolah sama-sama. 
Belajar pun sama-sama.

Satu hari kau 'pindah' jauh dari aku.
Kita terpisah. Aku fikir tidak mengapa.
Hati tetap tak akan terpisah. Oh, aku silap rupanya.
Makin lama, hari aku makin sunyi.
Mana gelak ketawa kau eh?
Mana gurauan kau yang dulu?

Durasi 'cerita' kita dah bertukar.
Dari 24 jam tukar kepada kurang daripada 10 minit.
Cakap cuma bila perlu.
Masih gagap.

Aku rasa 'aneh' bila kita bercakap.
Aku paksa diri aku senyum.
Sebab aku tahu 'kita pernah rapat'
Kau pernah menulis warkah.
Jujur aku tidak mengerti.
Apa yang kau cuba sampaikan.
Boleh kau cakap depan-depan?

Entah kau perasan atau tidak.
Aku selalu perhatikan kau.
Kau sibuk sangat sekarang.
Aku rindu nak bermain dengan kau.
Kau faham tak? Kau lupa kenakalan kita dahulu?
Cerita kita yang dulu terkubur begitu saja.
Kau memang penipu kalau kau cakap kau tak rindu.

Mungkin kau tidak selesa.
Tapi wajarkah kau tinggalkan aku tanpa berita?
Senyap. Sunyi. Tiba-tiba lesap dari orang ramai.
Kau memang bijak memilih suasana.
Tapi aku rasa kau lagi bijak kalau kau jadi 'sesumpah'
Di mana-mana kau boleh teruskan perjuangan.
Mungkin suasana dulu silap bagi kau.

Aku tak marah, aku cuma sedikit kecewa.
Kadang-kadang perasaan ini tak ditunjuk bulat-bulat.
Pernah tak kau cuba baca perasaan? Intai ke?
Kadang-kadang aku malu nak tunjuk sebenarnya.
Kau expect bila kau tanya "kau ok?" aku nak jawab "tak?"
Aku jaga hati kau macam harta aku.
Aku akan selalu jawab 'ok' walaupun sakit menusuk. Faham?

'Kau'. Aku doakan kau terus berjaya.
Aku nampak usaha kau. Aku yakin dengan kau.
Aku percaya dengan kau walaupun kita jauh.
Aku nak kau ingat aku sayang kau.
Walaupun hubungan kita 'aneh' sampai sekarang.
                       'Suatu ketika dahulu' hanya tinggal kenangan.



Al-Quran penenang jiwa

Friday, July 18, 2014

Hakikat dunia sekarang, 
Majoriti manusia tidak tahu membaca Al-Quran,
Bidang yang berbeza? Bukan bidang agama?

Itu bukan penghalang kita nak hafaz Al-Quran.

Kalian inginkan hidayah? Bacalah Al-Quran.
Kalian ingin menjadi cerdas atau cerdik? Bacalah Al-Quran.
Nak ubati hati? Dalami dan fahamilah makna Al-Quran.

Siapa manusia hebat?
"Manusia yang di atas dunia, dia tidak lupakan Al-Quran"
Junjung Al-Quran? Cium Al-Quran? Di dada didakapi Al-Quran?
Itu bukan sunnah nabi, tetapi tanda cinta kita pada Al-Quran.

Jangan bercakap tika kedengaran alunan Al-Quran.
Masih mahu bercakap? Itu bukan tanda kita hormati Al-Quran.
Dunia sementara, korbankanlah jasadmu demi kebaikan.
Jadilah manusia yang tidak pernah berpisah dengan Al-Quran.


Nak jadi hebat? Baca Al-Quran.
Kita memang tak hebat kalau tak baca Al-Quran.
Tak pandai? Belajar selagi masih berkemampuan.
Ayuh semua, buka Al-Quran dan bacalah Al-Quran.


p/s : ringkasan ceramah Pencetus Ummah, Shahul sempena majlis Nuzul Quran khamis lepas... 



Akhir zaman...

Friday, July 11, 2014

'Dunia akhir zaman' ... 
Oh, kau tahu rupanya, ada kau bertindak?
Gampang bercakap, perangai masih keduniaan.
Kau cakap kau takut mati, bererti kau masih berani untuk 'tumpang' hidup?

Dalam mengejar agama kau letih.
Mengeluh tak payah cakaplah.
Bila bab 'memuja' manusia, kau mempu sengkang mata.
Ini kau kata kau pejuang agama?

Kini, Palestin, Syria, Mesir sedang 'berdarah'
Di laman sosial penuh 'hashtag' free sana, pray sini...
Itu cuma di hujung jari, hakikatnya kau sedang buat apa?
Biarlah tindakan itu sejajar dengan realiti.

Di kala pemimpin berbuat khilaf, kau terus menilai.
Mengapa tidak kau terus berbicara hati ke hati.
Pemimpin juga hamba-Nya, perlukan peringatan.
Siapa lagi khalifah yang kita harapkan? Kau.

Lihatlah kata-kata Syeikh Muhamad Abduh.
Hakikatnya, itulah realitinya.
Perbezaan 'Islam tanpa Muslim dan Muslim tanpa Islam'.
Buka mata kau luas-luas. Oh, hati kau jugak.

Wahai anak muda, kau dilantik sebagai khalifah.
Akan tiba waktunya nanti subuh jemaah seramai solat jumaat.
Ini tindakan kau! Kau perlu bergerak dalam tentera 'subuh'.
Perangi zionis Israel! Perangi zionis Israel Laknatullah!

Hati-hati para khalifah.
Kita dalam fasa bahaya.
Hentikan cinta dunia, kejar misi agama.
Kerana kita khalifah.

Qunut nazilah dijadikan senjata terhebat! Ayuh berdoa!
Al-Kahfi menjadi benteng Dajjal! Ayuh amalkan!
Ayuh umat Islam, kita bersatu-padu.
Demi mempertahankan saudara se-islam di sana.




Assalamualaikum :)

Kembali ...

Sunday, July 6, 2014

Aku pernah diberi kesempatan berada dalam dua situasi yang berbeza.
Satu situasi aku diuji dengan nikmat kesenangan. Satu lagi situasi aku diuji dengan kesusahan. Yang penting ialah cara aku hadapi kedua-duanya.


Di dalam situasi kesenangan, aku rasa bebas. Aku rasa seronok. Apabila datang sedikit kesusahan aku melenting. Waktu ini, hati sudah dinodai titik hitam yang selama ini aku usaha untuk hilangkan titik hitam itu. Ia sudah kembali. Semua benda yang hamba sekeliling aku buat, aku rasa tidak puas hati. Mencaci, mengumpat, dan macam-macam 'me' lagi. Entah apa yang aku cakap betul atau tidak. Fokus aku nak lepaskan kemarahan. Aku selalu rasa aku yang betul. Pro kontra aku dah letak tepi. Misi aku cuma hendak seronok. Aku jadi lupa pada usaha aku yang 'dahulu' iaitu untuk membersihkan titik hitam. Aku rasa aku lebih jauh dari Allah. Aku terlalu mengejar dunia sekarang. Pengisian rohani aku, semakin berkurangan. Waktu ini, aku sudah mula sedar, aku perlu kembali. Ya, kembali kepada usaha aku dahulu. 



Misi aku untuk kembali kepada 'usaha dahulu' memang sukar. Tarbiyah diri tu perlu. Pertama kali ujian kesusahan datang kepadaku, aku cuma mampu menangis. Dalam benak hatiku cuma terfikir, "Aku nak senang, tolonglah jangan susahkan hidup aku..." Aku berlum terfikir untuk mengadu kepada Allah. Di mata aku waktu ini hanyalah manusia, aku fikir manusia boleh selesaikan masalah. Sehingga satu masa, aku tergerak hati untuk mengadu pada Allah, menangis mengadu pada Allah itu lebih menenangkan. Aku menanam misi baru untuk kembali. Mungkin Allah dah buka hati aku semula. Mungkin Allah rindu pada hamba-Nya yang 'dahulu' selalu 'bermanja' dengan-Nya. 

Alhamdulillah, disebalik tangisan tersembunyi kegembiraan. Aku sedar mendekatkan diri kepada Allah itu lebih menenangkan. Dalam dua situasi ini aku mula sedar hakikat ujian yang Allah berikan. Waktu ini juga aku sedar siapa kawan, siapa lawan. Waktu ini siapa yang Allah hantar untuk kita dekat kepada-Nya. MasyaAllah, Allah itu Maha Mengetahui. Keseronokan beribadah itu lebih indah dari keseronokan mengejar dunia. Biarlah aku kekal dengan ujian kesusahan agar aku dekat dengan-Nya. Bagiku ujian kesenangan adalah lebih susah levelnya. Berhati-hatilah wahai hamba.




Aku juga belajar untuk hadapi ujian ini dengan cara-Nya. Jika ditimpa ujian, istighfarlah nescaya tenanglah hatimu. Bukan 'marahlah' nescaya buruk padahnya. Kerana mulut badan binasa. Kerana binasa, neraka tempatnya. Wahai teman, tegurlah daku jika aku jauh dari-Nya. Janganlah biarkan aku terus dinodai titik hitam. Iman hamba memang sekejap bertambah sekejap berkurang. Hargailah saat yang ada. Selagi sempat bertaubat, taubatlah. Ayuh, kembali pada-Nya.




Assalamualaikum :)

Teman, inginku pesan...

Wednesday, June 11, 2014

Teman, inginku pesan...
Jangan terlalu sedih, jangan terlalu gembira...
Ujian memang sering datang melanda...
Allah memang rindu hamba yang mengadu...
Mana usahamu? Kamu sedih, usahamu di mana?
Usaha itu adalah pelbagai ya teman...

Teman, inginku pesan...
Dunia kini penuh pancaroba...
Kita berdakwah di kata kita memerli...
Memababi buta difitnah, dicaci...
Hamba kini tidak seperti dahulu...
Semua fikir mereka raja...

Teman, inginku pesan...
Memaafkan itu sungguh menengkan...
Di kala manusia terus mencalitkan titik hitam...
Sucikannya dengan memaafkan...
Senyum seikhlas hatimu...
Nescaya lebih lembut hati hamba-hamba...

Teman, inginku pesan...
Berhati-hati dalam dakwahmu...
Aku risau kamu terjebak dalam rencah durjana...
Akibat syaitan yang menghasut tidak kira masa...
Kuatkan tarbiyahmu... Sukar memang sukar...
Hati-hati, sekali terlajak neraka jawabnya...

Teman, inginku pesan...
Kuatkan akidahmu, mantapkan ibadahmu...
Ubah cara dakwahmu, mencari yang satu...
Tidak perlu ditayang kesedihanmu...
Tetapi tayangkan amalan sunnahmu...
Dunia berbeza, dakwah berbeza...

Assalamualaikum :)

Benar atau auta? Kalian tentukan :)

Saturday, November 23, 2013

Jarum jam tepat pada pukul 5.00 petang. Hafshah bersiap-siap untuk pulang ke asrama. Walidnya, Al-Khattab sedia menunggu di dalam kereta. 

"Assalamualaikum Ummi, doakan Hafshah selalu ye."

kata Hafshah sambil mencium tangan, pipi dan dahi umminya. Ayat ini sering diluahkan kepada umminya, Tsuwaibah sebelum pulang ke asrama.

 
Di dalam kereta, Hafshah sempat mendengar zanji yang sering menjadi kegemaran walid. Sambil itu, Hafshah memandang ke luar tingkap. Sang matahari kelihatan sedang memancarkan sinar keimanan. Awan pula ceria melindungi Sang matahari sambil ditemani angin.

"SubhanAllah, indahnya ciptaan Allah." 

Walid tersenyum melihat Hafshah yang memang gemar melihat alam ciptaan Allah.


Sesampainya di pagar asrama, walid sempat melambaikan tangan kepada pengawal keselamatan yang baru. Hafshah teringat kepada pengawal keselamatan yang sering memanggilnya 'Bulat' satu ketika dahulu. Beliau sudah meninggal akibat sakit jantung.(Al-Fatihah)... Kini tiada lagi panggilan

 "Bulat! Nah 5 ringgit, pakcik belanja." , "Hai Bulat, lama tak nampak. Nak pi mana?" , "Haih Bulat, sekolah macam mana hari ni? Best tak?". 

Hafshah tersedar dari lamunan apabila dipanggil walidnya. Walid sempat berpesan, 

 "Allah lebih sayangkan dia Hafshah. Sebab itu, kita kena sentiasa bersedia sebab maut boleh datang 'terkam' kita bila-bila masa sahaja, tingkatkan amal ibadah dan cegah kemungkaran, itu yang walid nak daripada anak walid. Boleh Hafshah?". 

"Baiklah walid. Syukran Jazilan. Sayang walid." 

Hafshah tidak lupa mencium tangan dan dahi walidnya lalu terus naik ke kamarnya.


"Haih..."
 
Hafshah mengeluh di hadapan kamar Ruqayyah(anak nabi). Tiba-tiba...

"Hafshah!!! Kami masuk asrama!!!" 

Teriak si kembar, Ummu Aiman dan Ummu Salamah. Tidak lupa juga, Sawdah Al-Amiriyyah. 

"MasyaAllah, terkejut ana. Kenapa tak beritahu ana antum semua nak masuk asrama? Ingatkan tak jadi masuk..." 

"Kami sengaja buat kejutan. Hehe." 

Jawab si kembar. Sawdah kelihatan sibuk mengemas tempat dan barangnya.  

"Alhamdulillah,tidaklah ana berasa terlalu sunyi hanya bersama Fatimah Az-Zahra dan Sumayyah di blok ini. Syukran ya?" 


Hafshah kelihatan gembira. Dia tidak lelah membantu mereka mengemas barang.

Beberapa bulan kemudian...

 
"Ustazah nak 3 orang yang kamu rasa layak pergi ke kem. Kalau boleh yang mampu membangunkan asrama kamu ni. Kamu rasa siapa?" 

Tanya Ustazah Haisyah kepada Asy-Syifa, rendah diri orangnya.

 "Rasanya, Hafshah, Ummu Aiman dengan Shafiyah ok kod...Hafshah dan Ummu Aiman BADAR, Shafiyah ketua pengawas. Okey tak ustazah?" 

Jawab Asy-Syifa. Dia tidak pula bertanya tentang nama kem tersebut. Ustazah cuma sempat memberitahu Kem NADWAH. Lalu Asy-Syifa pergi ke Surau An-Nur untuk memaklumkan kepada 3 orang sahabatnya. Shafiyah tiada di situ, dia ada urusan di sekolah. Setelah memaklumkan kepada Hafshah dan Ummu Aiman, Ummu Aiman berkata,

"Alhamdulillah! Antum nak tahu tak, kakak ana pernah beritahu, sesiapa yang dapat pergi ke kem ni memang hebat. Sebab kem ni ialah Kem Kepimpinan Islam... Islam!! MasyaAllah! Alhamdulillah, syukur ana terpilih." 

Dalam diam, Asy-Syifa, Sawdah dan Ummu Salamah juga ingin pergi. 6 sahabat ini berusaha memujuk penganjur program. Alhamdulillah, ustaz Al-Rizuady memberi respons yang baik. Mereka berasa amat seronok.



Di sana, mereka belajar pelbagai ilmu agama, mereka belajar untuk menjadi pemimpin. Ustaz banyak mengajar tentang amanah. Kini misi mereka pulang ke asrama membaca satu perubahan atas dasar amanah sebagai khalifah yang ingin membawa era Islam di dalam asrama, InsyaAllah...

  Setelah membuat sedikit perubahan...

Kini, Shafiyah ketua pengawas asrama semakin amanah. Dia tidak lupa menerapkan sikap ini dalam diri setiap anak buahnya. Alhamdulillah, pemerintahannya masih boleh diterima orang ramai, perkara biasa apabila ada hamba yang akan mencaci. Hafshah, Asy-Syifa, Sawdah Al-Amiriyyah, Ummu Aiman dan Ummu Salamah tak lekok memberi sokongan kepada Shafiyah. Usrah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian mereka. Hafshah bersyukur kerana dipertemukan dengan mereka dalam satu ikatan yang amat kuat. Allahuakbar!


Satu hari selepas bacaan Al-Mulk...


Ummu Aiman kelihatan muram. Mereka membuat keputusan untuk mendekati Ummu Aiman. Bila ditanya dia akan menjawab, 

"Ana tak ada apa-apa masalahla, ana ok je". 

Jawapan itu acap kali keluar dari bibir Ummu Aiman belakangan ini walaupun ditanya Hafshah, sahabat sekamar. Mereka tetap duduk di samping Ummu Aiman, tak berhenti bertanya, tanya dan tanya. Mereka duduk dalam satu halaqah untuk berbincang. Akhirnya, air mata Ummu Aiman mengalir sambil meluahkan apa yang terbuku di hati, 

"Ana cuma kecewa, ana cuma rasa ana gagal mentarbiyah adik-adik dan kawan-kawan di sini, ana juga rasa tidak layak berkawan dengan antum semua!" Air mata merembes keluar.

  Sahabat lain merasa terkejut. 

"Mengapa Ummu Aiman begini? Mengapa mudah dia berputus asa? MasyaAllah, sahabatku..." 
 
Hati Hafshah teriak kecil. Shafiyah bertanya lagi,

"Mengapa anti berasa begitu?" 

"Sebab ana memang gagal! Ana pun banyak sakitkan hati orang. Ramai orang tak suka ana. Layakkah ana sahabatku? Layakkah ana?ana rasa tak layak berkawan dengan antum semua! Sawdah Al-Amiriyyah pandai, kembar ana Ummu Salamah pun begitu, mesti orang lain akan pandang rendah terhadap ana... Antum semua hebat! Ana cumalah orang baru di sini. Ana memang gagal..." 
 
Air mata Ummu Aiman tak berhenti mengalir. Ummu Salamah kembarnya juga sudah mengalirkan air mata. Biasalah, hubungan adik-beradik memang begitu.


Masing-masing memberi kata-kata semangat, Sawdah dan Asy-Syifa sempat menyelit sedikit kisah. Hafshah setia memujuk Ummu Aiman supaya bersikap POSITIF! MasyaAllah, tidak mereka menyangka di sebalik kegembiraan mereka, sahabat mereka terasa lemah. Ummu Aiman menerima setiap komen daripada sahabat dengan sangat baik. Semangatnya meninggi. Dia sedar nasihat kembarnya, Ummu Salamah 

"Allah tidak akan membebankan umatnya jika mereka tidak mampu". 

Ummu Aiman percaya semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Air mata sudah berhenti mengalir. Dia bersyukur dikurniakan sahabat seperti mereka.



Mereka naik sedikit lewat ke kamar kerana disambung dengan luahan hati masing-masing. Halaqah diselangi dengan gelak ketawa kerana gelagat Shafiyah dan Asy-Syifa. 

"Haihhh, macam-macam sahabat ana ni..." 

bisik hati Hafshah sambil tersenyum. Semua sudah menerima teguran untuk membentuk diri mereka menjadi lebih baik, InsyaAllah.

Hafshah percaya setiap pertemuan pasti ada jalan ceritanya. Pengarahnya Allah, Dia yang akan menentukan sama ada jalan cerita kita diiringi keberkatan-Nya atau diiringi kemurkaan-Nya. Padang Mahsyar akan menjadi tempat tayangan filem atau pawagam yang akan ditonton ribuan, jutaan penonton seluruh dunia. Al-Mizan bakal menjadi juri menentukan pelakon dunia akan mendapat anugerah syurga atau neraka. Siapakah yang kita akan berjumpa? Malik atau Ridhuan?


Dari Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."


Assalamualaikum :)